BERLIN, 2 FEB – Erling Braut Haaland menjaringkan tujuh gol dalam tiga perlawanan buat Borussia Dortmund se-telah mencatat dua jaringan semasa membelasah Union Berlin 5-0 sementara Bayern Munich kekal berada di tempat pertama.
Haaland berusia 19 tahun, yang telah menjaringkan lima gol dalam dua penampilan pertamanya sejak perpindahannya dari Salzburg, menjaringkan gol kedua di separuh masa pertama di Signal Iduna Park selepas terpilih menjadi kesebelasan utama Dortmund buat pertama kali oleh jurulatih Lucien Favre.
Dortmund naik ke tempat ketiga hanya tiga mata di belakang pendahulu, Bayern Munich, yang mengalahkan Mainz 3-1. RB Leipzig boleh kembali mendapat tempat teratas jika mereka mengalahkan Borussia Moenchengladbach di tempat keempat.
Manakala pemain sayap England berusia 19 tahun, Jadon Sancho menjadi remaja pertama untuk menjaringkan 25 gol dalam Bundesliga ketika dia memulakan rembatan dengan percubaannya melewati penjaga gawang Union Rafal Gikiewicz.
Tuan rumah terus mendominasi perlawanan apabila Haaland memenangi penalti, yang diambil oleh ketua pasukan Marco Reus selepas memasuki pertengahan babak kedua.
Axel Witsel menjaringkan gol keempat di minit ke-70, Haaland melengkapkan jaringan ke lima ketika Brandt melakukan hantaran pendek percubaannya melewati Gikiewicz.
Sementara itu, di Mainz, jaringan oleh Robert Lewandowski, Thomas Mueller dan Thiago Alcantara memastikan kemenangan Bayern.
Bayern tidak membuang masa untuk mendahului perlawanan ketika penjaring terbanyak Bundesliga, Lewandowski menjaringkan gol liga ke-22 setelah hanya lapan minit untuk separuh masa pertama demi mengekalkan rekod juara bertahan. – AFP
