Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Haaland cipta sejarah lagi

    MANCHESTER, 3 OKT – Erling Haaland (gambar bawah) memuji prestasi menakjubkan Manchester City apabila penyerang Norway itu mencipta satu lagi sejarah dengan jaringan hatrik ketika membelasah Manchester United 6-3, semalam.

    Haaland memusnahkan United dengan mempamerkan penyudah berbisa dalam usahanya muncul pemain pertama di Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menjaringkan hatrik dalam tiga perlawanan berturut-turut di tempat sendiri dalam kejohanan itu.

    Selepas 52 tahun tanpa penjaring hatrik dalam aksi musuh setempat Manchester itu, City meraikan pencapaian berganda dalam perlawanan sama apabila Phil Foden turut melakukan hatrik di Stadium Etihad.

    Haaland bermula dengan prestasi hebat bersama juara EPL itu sejak ditandatangani dari Borussia Dortmund dengan harga £51 juta dan pelaburan itu dilihat sangat berbaloi.

    Dia kini menjaringkan 17 gol daripada 10 perlawanan di semua kejohanan di bawah bimbingan Pep Guardiola termasuk hatrik menentang Crystal Palace serta Nottingham Forest dan kini menjaringkan gol dalam lapan perlawanan berturut-turut bersama City.

    “Memang bagus. Kami menjaringkan enam gol, cukup menakjubkan, menang di tempat sendiri dan menjaringkan enam gol memang bagus,” kata Haaland.

    “Awda boleh lihat hantaran kami sesama sendiri. Kami sentiasa mahu mara dan menyerang. Itu yang saya suka mengenai pasukan ini.

    “Pada akhirnya, ia memang menakjubkan. Tiada apa lagi mampu diperkatakan.”

    Bagi menjadikan pertarungan setempat itu lebih manis, Foden dan Haaland adalah penyokong City sejak kecil lagi.

    “Ia umpama mimpi menjadi kenyataan apabila bermain aksi derby sebagai penyokong City.

    Satu kepuasan mampu menjadi sebahagian daripada pasukan,” kata Foden. Berbekalkan prestasi menakjubkan Haaland, City kini ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Arsenal dan mereka sedang memburu gelaran kelima EPL dalam enam musim.

    Ia adalah kali pertama United dibolosi dengan dua hatrik pada aksi liga utama sejak tewas 0-6 oleh Huddersfield pada 1930. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...