Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haaland dedah rahsia rutin tidur

    LONDON, 31 OGOS – Penyerang Manchester City, Erling Haaland berkata dia tidur dengan mulutnya dilekatkan pita perekat sebagai sebahagian daripada rutin pada waktu malam yang bertujuan mengekalkan prestasi terbaiknya untuk memenangi gelaran treble.

    Haaland melakukan rutin luar biasa itu termasuk memakai cermin mata untuk menghalang cahaya biru selama tiga jam sebelum tidur.

    Pemain berusia 23 tahun itu bercakap mengenai tabiat yang dilakukan pada waktu malam itu dalam temu bual dengan YouTuber, Logan Paul.

    “Saya rasa tidur adalah perkara paling penting di dunia. Untuk mendapat tidur nyenyak, rutin mudah seperti memakai cermin mata menghalang cahaya biru saya rasa sangat penting,” kata Haaland.

    “Awda boleh cuba menutup mulut awda dengan pita pelekat. Saya tidur dengan cara itu.

    Erling Haaland (kiri) berebut bola dengan Fabian Schaer semasa perlawanan di antara Manchester City dan Newcastle di stadium Etihad di Manchester pada 19 Ogos. – AP

    Melakukan banyak perkara adalah tidak bagus tetapi melakukan perkara-perkara kecil setiap hari untuk tempoh yang lebih lama akan membuahkan hasil.”

    Haaland berkata sebab dia menutup mulut dengan pelekat adalah untuk memaksimumkan pernafasan melalui lubang hidung, manakala pendedahan kepada sumber cahaya biru, seperti peranti elektronik boleh menjejaskan kualiti tidur.

    Ritual semasa tidur yang dilakukan bintang Norway itu jelas berkesan apabila dia menjaringkan 52 gol pada musim sulungnya bersama City, membantu kelab itu memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana dan Piala FA.

    Sebanyak 36 gol dijaringkannya dalam Liga Perdana musim lalu adalah rekod untuk satu musim dalam pertandingan itu.

    Haaland sebelum ini mendedahkan rutin memakan jantung dan hati lembu, minum minuman yang diperbuat daripada susu serta memakan kangkung dan bayam membantunya meraih kejayaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda