Friday, January 3, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haaland kembali menghantui Leeds

    LEEDS, 29 DIS – Erling Haaland menyesal tidak menjaringkan lima kali di bandar kelahirannya setelah menyumbat dua gol untuk kemenangan 3-1 Manchester City ke atas Leeds sekali gus membawa pasukannya naik ke tangga kedua dalam Liga Perdana Inggeris.

    Haaland membesar di Yorkshire semasa bapanya, Alge Inge bermain untuk Leeds, namun tidak menunjukkan rasa belas kasihan setelah City kembali merebut gelaran juara.

    Skuad kendalian Pep Guardiola menginjak kepada lima mata di belakang Arsenal yang berada di persada liga setelah mereka bangkit semula daripada kekalahan mengejut kepada Brentford sebelum aksi Piala Dunia.

    Haaland kini mempunyai 20 gol Liga Perdana dalam hanya 14 penampilan sejak menyertai City, namun masih tidak berpuas hati setelah gagal menewaskan Illan Meslier dengan tiga satu-sama-satu.

    “Saya sepatutnya boleh menjaringkan lima gol, itulah hakikatnya,” Haaland berkata kepada Amazon Prime.

    Aksi Haaland (kanan), menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan menentang Leeds United di Stadium Elland Road, Leeds, England. – AP

    “Kami menang, itulah perkara yang paling penting. Awda lihat, Arsenal berada di puncak sekarang, kami perlu buru mereka, tetapi untuk saya sebagai seorang penyerang, saya sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol lagi.

    “Itulah kehidupan, saya perlu berlatih lebih lagi.”

    Haaland sepatutnya dapat menjaringkan gol pada minit pertama perlawanan namun dia telah dinafikan oleh Meslier.

    Itu sudah cukup untuk mengundang kekecewaan buat City pada babak pertama setelah banyak peluang keemasan datang dan pergi.

    Meslier menang pertempuran kedua dengan Haaland, manakala dua sepakan yang tersasar daripada Jack Grealish membuatkan Guardiola hampa.

    Bagaimanapun, Leeds akhirnya gagal untuk bertahan setelah pihak pelawat menjaringkan gol pada penghujung babak pertama.

    Kevin De Bruyne memecahbelahkan pertahanan Leeds dan apabila tendangan Riyad Mahrez melantun, Rodri pantas menyambut rebound dan menjaringkan gol tersebut.

    Grealish membuat sedikit perubahan daripada kecuaiannya pada babak pertama dengan menghantar bola kepada Haaland yang menyumbat gol kedua buat City.

    Bintang City itu menghormati masa silamnya di Leeds dengan menolak untuk meraikan gol, namun ia tidak menghalannya untuk menambah gol kedua pada malam itu sekali lagi melalui hasil hantaran Grealish.

    “Ia merupakan momen yang istimewa dalam kerjaya saya,” kata Haaland semasa bermain di Elland Road. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda