Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Haaland lakar rekod gol terbaharu

    MANCHESTER, ENGLAND, 15 MAC – Pada malam Erling Haaland menetapkan standard baharu dalam Liga Juara-Juara, Pep Guardiola sibuk dengan bintang Hollywood, Julia Roberts.

    Enggan peduli dengan rekod menyamai lima gol dalam satu perlawanan atau penyerang Manchester City itu menjadi pemain terpantas dan termuda yang menjaringkan 30 gol dalam pertandingan elit bola sepak kelab Eropah. Guardiola sibuk dengan perkara lain dalam fikirannya selepas kemenangan 7-0 ke atas Leipzig semalam ketika City mara ke suku akhir dengan kemenangan agregat 8-1.

    Pemenang Oscar, Julia Roberts, pengurus City mendedahkan, antara tiga idolanya ialah Michael Jordan dan Tiger Woods.

    Tetapi semasa lawatan ke United Kingdom dia memilih untuk menonton perlawanan Manchester United, berbanding pasukan City kendalian Guardiola, yang memenangi empat gelaran Liga Perdana dalam tempoh lima tahun.

    “Dia datang dalam tempoh di mana kami lebih baik berbaanding United, dalam empat atau lima tahun ini,” katanya.

    Komen Guardiola bertentangan dengan kejayaan jaringan gol Haaland pada malam tersebut yang akhirnya menamatkan pencarian City untuk gelaran Liga Juara-Juara pertama.

    Ramai yang beranggapan bahawa penyerang Norway itu merupakan masalah bagi Pep Guardiola.

    Dia adalah mesin gol yang membantu City mara ke suku akhir.

    Haaland hanya memerlukan 25 perlawanan untuk menjaringkan 30 gol, mengatasi rekod yang dipegang oleh bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid, Ruud van Nistelrooy, yang mencapai kejayaan itu dalam 34 gol.

    Pada usia 22 tahun, 236 hari, Haaland juga merupakan pemain termuda yang menjaringkan 30 gol dalam Liga Juara-Juara sekali gus menewaskan pesaingnya, Kylian Mbappe, yang telah memecahkan rekod Messi. – AP

    Pemain Manchester City, Erling Haaland selepas menjaringkan gol ke-5nya, semasa perlawanan bola sepak pusingan 16 Liga Juara-Juara di stadium Etihad di Manchester, England, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...