LONDON, 30 APRIL – Erling Haaland menyamai rekod jaringan semusim di Liga Perdana Inggeris selepas penyerang Manchester City itu menyumbat gol ke-34 setakat musim ini dalam pertemuan menentang Fulham, hari ini.
Haaland menyempurnakan sepakan penalti pada minit ketiga di Craven Cottage untuk menyamai rekod jaringan semusim yang dicatat oleh Alan Shearer dan Andy Cole.
Shearer menjaringkan 34 gol untuk Blackburn pada 1995 dan Cole mencatat jumlah jaringan yang sama untuk Newcastle pada 1994.
Gol tersebut juga merupakan gol ke-50 buat penyerang kelahiran Norway itu dalam semua kejohanan sejak dia ditandatangani dari Borussia Dortmund tahun lalu. – AFP