Saturday, February 8, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haase akhiri kemaraan Zverev

    PARIS, 2 Nov – Pemain pilihan keempat, Alexander Zverev tersingkir dari Paris Masters semalam di tangan pemain dari Belanda, Robin Haase dengan keputusan 3-6, 6-2, 6-2 pada pusingan kedua.

    Pemain dari Jerman berusia 20 tahun itu hilang ketenangan selepas memenangi set pertama, ketika usahanya bagi menjulang gelaran Masters ketiga musim ini berakhir di Bercy Arena.

    Ia adalah kemenangan pertama pemain nombor 43 dunia, Haase ke atas pemain lima terbaik.

    Zverev seterusnya akan beraksi dalam World Tour Finals di London lewat bulan ini, sementara Haase mara ke 16 terakhir sama ada menentang Joao Sousa dan pemain pilihan ke-13, Juan Martin del Potro.

    Zverev ketika membalas pukulan Haase dalam pusingan kedua Paris Masters, kekalahan sekali gus menamatkan harapan Zverev bagi gelaran Masters ketiga musim ini. – AP

    Zverev berada di bawah tekanan dari awal persaingan ketika dia dipaksa untuk menyelamatkan empat ‘break point’ dan melakukan servis untuk mendahului satu set.

    Pemain bukan pilihan Haase mula untuk menggabungkan permainannya dengan baik pada awal set kedua, dan menguasai tiga permainan secara berturut-turut ketika Zverev semakin kecewa.

    Pemain itu berusia 30 tahun itu terus untuk membuat pukulan mengatasi pesaingnya dan mematahkan servis sekali kali untuk memaksa persaingan penentuan.

    Zverev, pemain termuda untuk berada dalam lima ranking terbaik dunia sejak Novak Djokovic 10 tahun lalu, terus bergelut untuk menghasilkan impak ke atas servis Haase ketika dia ketinggalan 3-2 pada set ketiga. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda