Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Hab perindustrian Mullae-dong berubah jadi perkampungan seni

    SEOUL – Bunyi riuh rendah dari jentera dan besi di Mullae-dong, barat daya Seoul, mengalu-alukan pengunjung yang melalui kawasan itu.

    Mullae-dong sebelumnya mempunyai kilang besi pada tahun 1970an. Juga digelar sebagai ‘tempat yang boleh membuat segala-galanya’, kawasan itu menempatkan sekitar 1,700 kilang besi untuk mengeluarkan komponen Korea Selatan. Tetapi kawasan kejiranan itu dibiarkan kosong apabila kilang-kilang mula menutup perniagaan mereka.

    Tetapi kekosongan itu tidak bertahan lama. Ramai artis muda menghidupkan impian mereka pada awal 2000an untuk membentuk sebuah perkampungan seni dengan berpindah ke daerah perindustrian yang dahulunya mempunyai sewa yang rendah. Bekas kilang tidak lama kemudian berubah menjadi studio seni yang luas, dan kawasan itu kini digelar sebagai Kampung Kreatif Mullae.

    Lorong-lorong sempit yang penuh dengan grafiti, galeri dan kafe bergaya telah menggantikan ruang kerja besi lama, memberikan suasana segar ke daerah ini. Bangku unik, papan tanda dan karya seni pemasangan terletak berbeza dengan tinggalan kilang lama.

    Bekas kasawan pembuatan utama itu telah bertukar menjadi tempat yang penuh dengan kemegahan, menawarkan pengalaman analog dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia juga merupakan salah satu kawasan yang paling pesat berkembang di Seoul.

    Terletak di Stesen Mullae di Laluan Kereta Api Bawah Tanah No. 2, gabungan antara lama dan baharu di kawasan itu mempamerkan kepekaan yang bergaya dan menjemput orang ramai untuk merasai hab budaya yang baharu muncul. – ANN/The Korea Herald

    Lorong-lorong sempit yang penuh dengan grafiti, galeri dan kafe bergaya telah menggantikan ruang kerja besi lama, memberikan suasana segar ke daerah ini. – ANN/The Korea Herald
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...