Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Habitat monyet terancam ‘Tricolour Langur’ akan diwartakan

    KUCHING, 15 MEI – Jabatan Hutan Sarawak akan mewartakan kawasan hutan seluas kira-kira 845 hektar di Sungai Selai Inah, Jemoreng, Matu yang menjadi habitat monyet terancam ‘Tricolour Langur’.

    Timbalan Premier yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kawasan tersebut akan diwartakan sebagai kawasan hutan dilindungi.

    Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan penemuan habitat monyet dengan nama saintifik Presbytis chrysomelas cruciger itu semasa ekspedisi saintifik dilaksanakan di kawasan tersebut.

    “Penemuan itu telah diterbitkan pada 27 Mac 2024 dalam jurnal antarabangsa iaitu Check List – The Journal of Biodiversity Data.

    “Spesis tersebut hanya pernah dijumpai di Taman Negara Maludam. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda