Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Habuan mewah menanti juara Euro 2020

    BRASTISLAVA, 27 Feb – Kesemua 24 pasukan kelayakan Euro 2020 akan berkongsi rekod hadiah wang tunai sebanyak 371 juta euro (AS$456 juta, 327 juta pound), peningkatan besar berbanding Euro sebelum ini, menurut UEFA pada Kongres mereka di Bratislava.

    Jumlah keseluruhan itu meningkat 23 peratus berbanding jumlah hadiah tunai pada Euro 2016 di Perancis, yang mana pertama kali sebanyak 24 pasukan bersaing di kejohanan itu.

    Setiap negara yang bersaing akan menerima 9.25 juta euro hanya dengan mengambil bahagian, ditambah lagi dengan 1.5 juta euro bagi setiap kemenangan dalam peringkat kumpulan dan 750,000 bagi setiap keputusan seri.

    Hadiah wang tunai juga akan diberikan bagi setiap kemenangan dalam peringkat kalah mati kejohanan,oleh itu pemenang akan membawa pulang maksimum 34 juta euro, berbanding 27 juta euro pada tahun 2016. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda