Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hackathon asuh semangat inovasi peserta

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Seramai 46 orang peserta yang menubuhkan sebanyak 11 buah kumpulan dinamik telah mempamerkan kreativiti, kerja berpasukan dan keupayaan menyelesaikan masalah dengan pantas melalui Startup673 National Hackathon Cycle 3 yang diadakan di Amfiteater, Hab Pengetahuan dan UNN Signal pada 10 hingga 19 November.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB), di sini, menyatakan daripada 11 buah kumpulan berkenaan, sebanyak lapan buah kumpulan telah berjaya untuk mara ke pusingan akhir pembentangan.

    Acara hackathon yang dianjurkan oleh Startup673 melalui kerjasama Shell LiveWIRE, LKEB, AITI dan Makmal Inovasi Brunei (BIL) dengan diperbolehkan Unified National Networks (UNN), menumpukan kepada tema, Daripada Idea kepada Impak dalam Tujuh Hari.

    Para peserta telah dicabar untuk mengenal pasti masalah sebenar, mereka penyelesaian dan membina prototaip berfungsi dalam semangat inovasi intensiti tinggi.

    Program itu bermula dengan sesi orientasi dan diikuti dengan bengkel pemikiran rekaan yang diterajui oleh Bobby Hassan dari Shell LiveWIRE Brunei. Hari-hari berikutnya memberikan tumpuan kepada sesi pembinaan dan hacking serta sesi bimbingan yang mengetengahkan pakar-pakar industri.

    Sesi bergambar ramai antara pihak penganjur, mentor dan peserta program itu. – GAMBAR SERAHAN LKEB
    Para peserta yang terlibat dalam program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN LKEB
    GAMBAR SERAHAN LKEB
    GAMBAR SERAHAN LKEB
    GAMBAR SERAHAN LKEB
    GAMBAR SERAHAN LKEB
    GAMBAR SERAHAN LKEB
    GAMBAR SERAHAN LKEB
    GAMBAR SERAHAN LKEB
    GAMBAR SERAHAN LKEB
    GAMBAR SERAHAN LKEB
    GAMBAR SERAHAN LKEB

    Pitch Day yang diadakan pada 19 November, mengetengahkan lapan buah kumpulan finalis yang menyampaikan prototaip mereka dalam pembentangan selama 10 minit dan sesi soalan dan jawab selama 10 minit.

    Penyelesaian yang dibentangkan telah dinilai berasaskan kepada inovasi, kebolehlaksanaan, kebolehskalaan, pemahaman pasaran dan impak.

    Pusingan kali ini, mengetengahkan sokongan mentor yang kuat daripada wakil-wakil serata ekosistem inovasi. Mentor-mentor berkenaan termasuk Adzimin Amin dari BIL, Ian Ong dari Solarax, Aziz Ibrahim dan Mason Chong dari UNN, Hajah Nurul A’in binti Haji Jaafar dan Rofini Zainal dari LKEB, Chai Roslin dari BIL, Reuben Chin dari LKEB, Farid Ali dari Solve. One. Fix. Company serta Saifullah Safwan dari Everbetter Innovations.

    Sementara itu, panel hakim terdiri daripada Hajah Nurul Akmar binti Haji Jaafar dari Al Riyada Consulting, Woo Chang Huei dari UNN serta Reuben Chin dari LKEB dengan program dimudahcara oleh wakil dari Startup673, Syu’aib Rafie.

    Para peserta telah menghasilkan pelbagai jenis penyelesaian termasuk aplikasi, platform dan prototaip fizikal di mana idea-idea yang diketengahkan meliputi bidang-bidang seperti literasi kewangan, e-dagang, kesejahteraan warga emas, penglibatan komuniti Islam, pengurangan sisa makanan, teknologi pendidikan, pengumpulan data serta penjagaan anak.

    Dua buah kumpulan yang telah dianugerahkan pembiayaan benih ialah Kumpulan ASUH Enterprise dan AYCE Company.

     ASUH Enterprise memperkenalkan platform pengasuh digital pertama Brunei bagi menghubungkan ibu bapa dengan profesional penjagaan kanak-kanak yang terlatih.

    AYCE Company membangunkan sebuah sistem pengoptimuman kos dan sisa makanan berkuasa kecerdasan buatan untuk membantu operasi makanan dan minuman mengurus inventori serta meningkatkan keuntungan.

    Pasukan-pasukan lagi yang menonjol dengan kreativiti mereka termasuk BUZZLE, aplikasi diari wang mesra untuk penjejakan bajet, CARIGO, platform e-dagang runcit tempatan, YAH, ekosistem kesejahteraan warga emas yang dikuasakan oleh ciri QR dan NFC, PHYTOQUEST, alat pengumpulan data permainan, BRUMASJID iaitu platform komuniti Islam bersatu, CALIBRATE.BN iaitu sistem pembelajaran dan penjejakan untuk pelajar dan guru, CIRCULAREAT iaitu pasaran untuk makanan yang boleh dimakan lebihan, BIZKITA iaitu direktori digital untuk perniagaan tempatan serta 6STAR iaitu aplikasi pembelajaran Islam interaktif yang dilengkapi dengan sejadah sensor pintar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda