PARIS, 10 JAN – Agensi Kesatuan Eropah (EU) hari ini berkata bahawa sejak dua tahun lalu suhu Bumi telah melebihi purata had pemanasan kritikal buat kali pertama dengan suhu global melonjak ‘melebihi apa yang pernah dialami manusia moden’.
Namun Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus berkata ini tidak bermakna suhu minimum pemanasan 1.5 darjah Celsius yang dipersetujui di peringkat antarabangsa telah diatasi secara kekal, tetapi ia semakin hampir.
Pemerhati EU mengesahkan bahawa tahun 2024 merupakan tahun terpanas direkodkan, melebihi tahun 2023 dan cuaca panas luar biasa berterusan disebabkan oleh iklim melampau di semua benua.
Tahun 2025 masih belum dapat diramalkan suhu melebihi had dengan tarikh akhir semakin dekat bagi negara-negara untuk memberikan komitmen untuk mengurangkan tahap gas rumah hijau yang semakin meningkat.
Tetapi perkhidmatan cuaca di United Kingdom meramalkan pada tahun 2025 akan menjadi di antara tiga tahun terpanas dalam sejarah.
Tahun 2024 menyaksikan negara-negara dari Sepanyol hingga ke Kenya, Amerika Syarikat (AS) dan Nepal dilanda bencana dengan kos dianggarkan melebihi AS$300 juta. – AFP