Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hadapi cabaran hingga berjaya

    Oleh James Kon – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Dayangku Soffiezah binti Pengiran Haji Abu Bakar tidak cacat penglihatan sejak dilahirkan. Pada usia 10 bulan, doktor menemui tumor di otaknya yang menjejaskan urat saraf di matanya.

    “Doktor memberikan prognosis yang sangat buruk dan tidak menjangkakan saya akan hidup lama,” katanya. “Namun takdir menyebelahi saya dan saya telah sembuh. Disebabkan tumor, saya kini terpaksa hidup dengan kehilangan penglihatan yang kekal.”

    Beliau berkongsi kisahnya semasa acara Dining in the Dark, anjuran Persatuan Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNAB) pada malam Rabu.

    Lebih 100 hadirin mendengarkan beliau berkongsi kisah sebagai seorang cacat penglihatan, dari memperoleh ijazah Sarjana Muda sehingga menjadi seorang ibu.

    Bergambar ramai bersama tetamu kehormat. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Dayangku Soffiezah berkongsi kisahnya semasa acara Dining in the Dark. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON

    Beliau berkata, “Saya pertama kali dirujuk ke Persatuan Orang Cacat di Hospital Suri Seri Begawan di Daerah Belait. Di sanalah saya mula diperkenalkan dengan braille.”

    Ketika berumur 10 tahun, Dayangku Soffiezah telah ditetapkan di Sekolah Princess Elizabeth bagi kanak-kanak cacat penglihatan di Johor Bahru, Malaysia. Bagaimanapun, kerana rasa rindu, keluarganya memutuskan untuk beliau pulang ke Brunei kerana keutamaan adalah memastikan beliau mendapat pendidikan.

    Apabila kembali, beliau telah mendaftar di sekolah kerajaan di Lumut yang menawarkan pendidikan inklusif.

    “Saya bermula di Tahun 6 terus kerana usia saya. Kerana saya sudah boleh membaca dan menulis dalam braille, saya dapat mengejar pelajaran yang tertinggal dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Rendah (kini dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah),” ujarnya.

    Sepanjang sekolah rendah dan menengah, beliau berkata ada kalanya guru terpaksa membantunya mencatat nota kerana “tidak semua kelas membenarkan saya menggunakan braille,” tambahnya lagi.

    Semasa di universiti, barulah beliau dapat menggunakan perakam suara sepenuhnya bagi mencatat nota dan mengubahnya menjadi braille. Selepas empat tahun di Universiti Brunei Darussalam, beliau lulus dengan ijazah dalam Pengajian Brunei.

    Lapan tahun lalu, beliau menimang anak pertama yang diakui bukan mudah sebagai orang cacat penglihatan.

    Walau bagaimanapun, sifat positifnya dan sistem sokongan yang kuat beliau dapat menghadapi peringkat awal menjadi ibu.

    “Alhamdulillah, berkat nasihat rakan-rakan, saya dapat mem-besarkan anak saya tanpa banyak masalah,” katanya.

    Beliau kini bergelar ibu kepada enam orang anak.

    “Saya mempunyai tiga anak bersama suami. Suami duda tiga anak. Jadi sekarang saya mempunyai enam anak, menantu dan seorang cucu,” katanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda