Monday, July 21, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hadapi kesusahan untuk memahami keyakinan diri

    TIDAK percaya bahawa anda boleh buat apa yang anda mahu? Mungkin anda tidak pernah menghadapi kesusahan melakukan sesuatu tapi hal berkaitan keyakinan diri boleh difahami dengan perasaan takut untuk memulakan sesuatu perkara.

    Banyak faedah jika anda mampu membuang rasa takut. Mungkin takut atas sebab telah diperlekehkan bertahun-tahun lamanya dan di sinilah kegunaannya untuk anda mempertingkatkan keyakinan diri dalam mengatasi keadaan negatif:

    1. Lihat balik pada tahap keyakinan sewaktu kita kecil

    Sebagai kanak-kanak, majoriti antara kita tidak takut langsung. Sentuh katak, tersentuh bekas panas, bercakap jujur dalam semua perkara dan lain-lain lagi. Jadi, kita seharusnya sedar bahawa kita pernah menjadi orang berkeyakinan tinggi ketika kecil. Jika sekarang kita semakin dewasa, itu bermakna kita sebenarnya mampu untuk lebih berkeyakinan tinggi, bukannya semakin takut.

    2. Ketahui kehebatan dan kelemahan diri

    Semakin lama anda belajar tentang diri sendiri, semakin tinggi kehebatan anda dan semakin mudah anda memperbaiki kelemahan. Walaupun kadang-kala sukar untuk mengetahui mana satu kelebihan dan mana satu hal yang anda mahu, tetapi anda boleh mulakan dengan membuat senarai. Senaraikan lima perkara yang anda hebat. Juga senaraikan lima perkara yang anda mahu buat. Juga senaraikan perkara yang anda gembira lakukan. Lakukan apa yang disenaraikan secara berselang-seli. Hari demi hari anda akan secara tidak langsung terdorong mengecilkan skop kerja seterusnya meningkatkan diri sendiri di samping mencapai kegembiraan dalam kerja.

    3. Harapkan kejayaan

    Ada orang kata dalam sesuatu hal, kita kena pandang orang belakang. Namun hal ini tidak benar secara keseluruhan. Tabiat pandang ke belakang sebenarnya boleh membuatkan anda bergerak perlahan dan bermain dalam zon selesa sendiri. Seharusnya anda cuba mengecapi seberapa banyak kejayaan yang boleh dalam sehari. Himpunan kejayaan setiap hari boleh menjadikan anda lebih gembira, yakin diri dan menjadi lebih berjaya di kemudian hari.

    4. Percayakan keupayaan sendiri

    Keyakinan diri bukan tentang menjadi pandai atau mengetahui segalanya, sebaliknya mengetahui anda boleh melaksanakan sesuatu kerja tanpa berhenti di tengah jalan. Lagipun, tiada orang yang tahu semua hal. Jadi jangan pandang kepada apa yang anda tahu atau boleh buat, tetapi nilaikan kepada kesanggupan dan kapasiti diri anda dalam melakukan kerja.

    5. Terima perkara yang tidak diketahui

    Sesetengah orang menilai keyakinan diri dengan mengetahui apa hasil yang akan diperoleh dalam sesuatu hal yang dilakukan. Hal ini betul tapi bukan 100 peratus. Tidak kira betapa bijak atau berbakatnya anda, anda tidak boleh meramal masa depan secara tepat. Jika sekalipun gagal, anda tahu itu sebenarnya hanyalah hal yang tidak boleh anda kawal. Jadi anda boleh terus bangun kembali dengan yakin dan buat kerja dengan cara lain.

    6. Ambil risiko

    Semacam bermain roller coaster, anda takut tetapi masih mahu naik. Tidak kiralah anda muntah di tengah jalan ataupun mengganggu rakan sebelah, anda akhir boleh berbangga dengan gambar dan pengalaman menaiki roller coaster.

    Begitu jugalah dalam hidup, anda hanya perlu berani mengambil risiko, hasilnya nanti mesti berbaloi dengan kesusahan yang terpaksa dihadapi semasa melaksanakan kerja. Jika dicemuh sepanjang perjalanan sekalipun, anda bukannya cedera atau mati. Malu sekejap sahaja.

    7. Belajar menerima pujian

    Ada orang menganggap pujian yang diterima daripada rakan hanyalah atas dasar membodek ataupun kerana cuba menjadi mesra. Kadang-kadang hal sedemikian ada benarnya namun, majoriti pujian yang anda terima sebenarnya kerana anda layak menerimanya. Jadi terimalah pujian dengan rasa puas, anda telah lakukan kerja dengan baik sekali, itu bermakna anda boleh percaya bahawa anda sebenarnya memang berbakat. Ada orang mahu anda berjaya dan sekarang anda juga harus percaya yang anda sememangnya layak dipuji jika orang yang sama memberi pujian kepada anda. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda