KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Atlet Malaysia berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi memastikan gelaran juara keseluruhan temasya Sukan SEA edisi ke-29 milik Malaysia dengan pencapaian gemilang 145 emas, sekali gus member hadiah istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 esok.
Buruan emas pada hari kemuncak penutupan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) hari ini, menyaksikan atlet Malaysia merangkul lima daripada tujuh emas yang ditawarkan iaitu dua daripada acara terjun dan melabuhkan tirai dengan tiga emas daripada acara luncur ais.
Ini adalah kali kedua Malaysia mengungguli temasya Sukan SEA selepas merangkul 111 emas pada edisi 2001 di laman sendiri.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn