Monday, March 17, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hadiah kereta mewah

    Meskipun memiliki kemewahan dengan pelbagai koleksi kereta mewah, penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez atau JLo mendedahkan beliau tidak pernah memandu kereta sepanjang hidupnya.

    Perkara itu dikongsinya selepas dia menerima kejutan hari jadi daripada tunangnya iaitu Alex Rodriguez.

    “Macam tak percaya! Apa ini? Saya tak pernah terfikir untuk memiliki kereta seperti ini. Ianya sungguh sempurna!” katanya.

    Hadiah itu sangat bermakna untuknya kerana ia diberi oleh orang yang tersayang iaitu Alex Rodriguez.

    “Saya tidak pernah memandu mana-mana kereta sebelum ini,” ujarnya.

    Pada sambutan hari jadinya yang ke-50 tahun itu, JLo dihadiahkan sebuah kereta Porsche 911 GTS yang memiliki kelajuan trek melebihi 190 mph.

    Selebriti-selebriti juga turut hadir pada majlis hari jadinya yang ke-50 itu seperti DJ Khaled, DJ Cassidy dan lain-lain. – Agensi

    Jennifer Lopez sangat gembira apabila tunangnya menghadiahkan sebuah kereta mewah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda