Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hadiah menarik untuk pemegang kad Baiduri

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Pemegang kad debit dan kredit Baiduri berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik semasa promosi Big Rewards with Baiduri Cards yang dilancarkan Bank Baiduri.

    Hadiah-hadiah yang ditawarkan semasa promosi yang bermula 15 Oktober 2022 hingga 12 Januari 2023 itu termasuk hadiah pertama berupa set kediaman rumah dengan peralatan elektrik bernilai $8,000; hadiah kedua berupa Apple iPhone 14 Pro 256GB, Apple Watch S8 dan iPad 10.2; hadiah ketiga berupa menaiki kapal layar dengan bufet premium bernilai $2,000.

    Selain itu, terdapat juga hadiah bulanan yang terdiri daripada pengalaman makan peribadi, pakej staycation, gajet dan elektronik serta baucar gaya hidup untuk dimenangi.

    Ketua Perbankan Runcit Baiduri, Lim Kian Chiong, ketika bercakap mengenai promosi itu, berkata, “Kami sentiasa mencari cara untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami.

    “Promosi Big Rewards with Baiduri Cards direka untuk menawarkan pelbagai hadiah menarik, termasuk pengalaman gaya hidup yang unik, yang kami harap akan mencetuskan sedikit keseronokan dan kegembiraan menjelangnya musim cuti akhir tahun.”

    Untuk menyertai promosi itu, pemegang kad hanya perlu menggunakan kad kredit atau debit Baiduri mereka untuk pembelian tempatan, luar negara atau dalam talian semasa tempoh promosi.

    Dengan setiap $20 yang dibelanjakan dalam satu resit, mereka secara automatik akan menerima satu peluang cabutan bertuah untuk memenangi salah satu hadiah yang menarik.

    Selain cabutan bertuah, mereka yang mendaftar untuk Kad Visa Royal Brunei (RB) oleh Bank Baiduri mendapat pengecualian yuran tahunan selama empat tahun, manakala mereka yang mendaftar untuk mana-mana kad kredit atau debit Baiduri yang lain mendapat pengecualian yuran tahunan selama dua tahun.

    Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.baiduri.com.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda