Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hadiah wang Terbuka Australia cecah rekod tertinggi

    MELBOURNE, 29 DIS – Pemain di Terbuka Australia akan bersaing pada Januari untuk merebut hadiah lumayan dengan penganjur hari ini mengumumkan peningkatan sebanyak 13 peratus dalam jumlah wang tunai kepada Aus$86.5 juta (AS$59 juta).

    Pemenang gelaran lelaki dan wanita pada Grand Slam pertama tahun ini, kedua-duanya akan membawa pulang Aus$3.150 juta.

    Mereka yang tewas dalam pusingan pertama akan menerima Aus$120,000, naik 13 peratus, manakala pemain pusingan kedua akan mendapat kenaikan yang sama kepada Aus$180,000.

    Malah pemain yang tersingkir pada pusingan pertama kelayakan akan menerima Aus$31,250. Secara keseluruhannya, hadiah tambahan Aus$10 juta telah disediakan untuk acara 2024.

    Pengarah kejohanan, Craig Tiley, berkata adalah penting untuk memastikan ‘pemain terbaik di dunia diberi pampasan sewajarnya.’

    “Kami tahu ini membolehkan pemain melabur dalam kerjaya mereka sendiri dan dalam banyak kes, membantu mereka untuk berjaya sepanjang tahun,” katanya.

    “Kami mahu memastikan Australia kekal sebagai landasan terbaik untuk musim tenis global dan pemain serta pasukan mereka mempunyai segala-galanya yang mereka perlukan untuk membantu mereka beraksi pada tahap terbaik dan terus berseronok beraksi dalam Terbuka Slam.”

    Hadiah wang pada kejohanan itu, yang akan berlangsung di Melbourne Park pada 14 Januari, telah meningkat lebih daripada dua kali ganda berbanding sepuluh tahun yang lalu. – AFP

    Aryna Sabalenka bakal menjadi nombor satu dalam ranking WTA. Dia juga akan bertanding di Terbuka Australia yang bermula 14 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda