LONDON, 14 JUN — Jumlah hadiah wang di Wimbledon tahun ini akan meningkat lebih daripada 11 peratus, dengan pemenang bagi acara perseorangan masing-masing akan menerima 2.35 juta pound (AS$3 juta).
Jumlah dana hadiah pada kejohanan itu ialah 44.7 juta pound (AS$56.5 juta), menurut Kelab All England hari ini. Itu adalah peningkatan sebanyak 17.1 peratus berbanding 2019, Wimbledon terakhir sebelum wabak pandemik.
Pendapatan bagi pemenang pertandingan perseorangan kembali ke tahap mereka pada 2019. Hadiah bagi juara perseorangan telah merosot kepada 1.7 juta pound pada 2021, selepas kejohanan itu dibatalkan pada 2020, dan menjadi 2 juta pound tahun lepas.
Pegawai berkata keutamaan diberikan kepada pemain sebagai sokongan pada pusingan awal. Mereka yang kalah dalam pusingan pertama akan memperoleh 55,000 paun (AS$69,500), peningkatan 10 peratus daripada tahun lepas. – AP


