Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haechan NCT disaman, ditangkap hisap rokok dalam studio latihan

    Anggota kumpulan NCT iaitu Haechan teruk dikecam netizen selepas dilihat menghisap rokok elektronik dipercayai dalam sebuah studio latihan baru-baru ini.

    Memetik daripada mStar, ramai menyifatkan tindakan Haechan itu tidak sepatutnya berlaku kerana bukan sahaja rokok membahayakan kesihatan malah boleh memberi impak negatif kepada peminat yang mungkin terikut-ikut dengan tabiat buruk tersebut.

    Tidak hanya itu, ramai mempersoalkan sama ada Haechan sedar atau tidak kerajaan Korea Selatan memang melarang menghisap sebarang jenis rokok dihisap di dalam bangunan tertutup.

    Syarikat pengurusan Haechan iaitu SM Entertainment bagaimanapun menjelaskan pihaknya sedar akan kesalahan dilakukan penyanyi itu malah sudah menegurnya.

    Tidak hanya itu, Haechan juga ada menerima saman daripada pihak berkuasa susulan kesalahan dibuat dan denda sudah pun diselesaikan.

    Menerusi video yang tersebar, Haechan dilihat memegang rokok elektronik ketika beliau bersama anggota NCT yang lain sedang bersedia memulakan latihan.

    SM dalam respon segera terhadap perkara itu menyunting semula video berkenaan bagi mengelak Haechan terus dikritik peminat.

    Malah ada netizen menyalahkan pihak penyunting video tersebut yang tidak peka dengan memasukkan rakaman berkenaan. – Agensi

    Pihak berkuasa mengeluarkan saman terhadap Haechan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda