Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hafidz pegang tangan siapa tu?

    Ketika rumah tangga Hafidz Roshdi sedang hangat diperkatakan, pelakon itu memuat naik gambar sedang menggenggam erat tangan seorang wanita dipercayai isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada malam Ahad.

    Foto berkenaan seolah-olah memberi gambaran hubungannya dengan Nurul Shuhada sudah kembali jernih selepas wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam perkahwinan mereka tampil memohon maaf kepada isterinya dan anak-anak mereka.

    Hafidz dipercayai pulang ke kampung halaman isterinya di Kangar, Perlis bagi bertemu Nurul Shuhada.

    Pelakon berusia 29 tahun itu turut memohon agar orang ramai mendoakan hubungan mereka akan terus kekal selamanya.

    “Alhamdulillah. Terima kasih yang mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga. Doakan hubungan kami kekal hingga ke syurga,” tulisnya pada bahagian kapsyen foto tersebut.

    Gambar yang dimuat naik Hafidz beri gambaran dia dan isterinya masih bahagia. – Agensi

    Apa menarik perhatian, Hafidz menyertakan lagu nyanyian Anita Sarawak iaitu Selamat Pengantin Baru pada hantaran berkenaan yang seolah-olah ini merupakan permulaan baharu buat mereka berdua selepas perkahwinan mereka diuji dengan kontroversi.

    Sementara itu, menerusi ruangan komen terdapat segelintir warganet yang menyindir Hafidz sama ada gambar tangan dimuat naik itu benar-benar milik Nurul Shuhada.

    “Seram pula. Jangan-jangan tangan orang lain.

    “Ini gambar bila, bro? Sembilan tahun lepas atau masa Januari 2023?

    “Betul ke tu? Sembilan tahun kot menyakiti hati isteri, bukan waktu yang sekejap. Semoga tak berulang lagi,” komen warganet.

    Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan apabila isterinya sendiri mendedahkan suaminya itu pernah ada hubungan dengan wanita lain.

    Kemudian muncul pula nama wanita bernama Athira Yuhada yang secara terangan mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

    Athira bagaimanapun dalam satu perkongsian mengaku kesilapan tersebut dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana telah mengganggu kebahagiaan rumah tangganya bersama Hafidz.

    Nurul Shuhada pula menerusi respons kepada kenyataan Athira memberitahu dia boleh maafkan tapi tidak akan melupakan apa yang berlaku. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...