Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hafidz Roshdi buka mulut

    Ketika sedang kecoh bekas isterinya mendedahkan perbualan lucah bersama seorang wanita, pelakon Hafidz Roshdi dilihat cuba mengalih perhatian dengan bersuara mengenai tuduhan dia culas membayar nafkah dua orang anaknya.

    Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, menjelaskan tuduhan tersebut adalah fitnah malah dia tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai bapa kepada dua orang anaknya.

    Dia juga berharap pihak menuduhnya berasa malu menyebarkan berita tidak sahih.

    “Selama ini saya memilih untuk berdiam diri tapi bila perkara ini sudah mengganggu kerja saya, saya pilih untuk mempertahankan hak saya demi menjaga nafkah anak-anak saya.

    “Kenyataan yang mengatakan saya culas dan tidak membayar nafkah wajib ke atas anak-anak saya adalah fitnah yang menjijikkan dan pelaku harus malu dengan penipuan,” katanya.

    Menurut mStar, Hafidz berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada pagi Rabu.
    Dia juga berkongsi beberapa transaksi pembayaran nafkah yang dilakukan sejak hujung tahun 2023 sehingga kini namun mengaburkan jumlahnya.

    Malah kata Hafidz, dia sentiasa cuba melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik.

    “Saya mempunyai keseluruhan bukti transaksi untuk bayaran nafkah anak yang sedia untuk digunakan dalam tindakan susulan.

    “Saya dengan jelas ingin menyatakan saya sudah, masih membayar nafkah dan akan terus berusaha menambah nafkah wajib anak-anak tanpa culas dan elak dari tertunggak,” ujarnya. – Agensi

    Hafidz tenang jawab isu tuduhan culas bayar nafkah. – Utusan Malaysia
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda