Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hafidz Roshdi cari kerja belakang tabir

    Dilihat jarang ke lokasi penggambaran, pelakon Hafidz Roshdi memberitahu dia kini cuba beralih bidang ke dunia belakang tabir.

    Kata Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, dia masih berminat untuk berlakon sekiranya diberi tawaran.

    “Syukur dengan kehidupan sekarang. Saya ada hadiri beberapa temu duga kerja. Masih dalam bidang seni tetapi kerja di belakang tabir. Nanti saya akan beritahu.

    “Saya masih mahu berlakon. Kalau ada tawaran saya nak berlakon lagi,” katanya kepada mStar.

    Hafidz berkongsi perkara tersebut di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada Isnin.

    Dia hadir bagi perbicaraan kes pukul melibatkan bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada.

    Sudah beberapa kali turun naik mahkamah berkaitan kes tersebut selain penceraian bersama Shuhada sebelum ini, Hafidz tetap memilih tidak memberi sebarang komen apabila ditanya tentang prosiding yang berlangsung.

    Malah jawapan no comment bagaikan sudah melekat dalam dirinya setiap kali diminta mengulas tentang perbicaraan mahkamah.

    “No comment. Tiada apa yang terbuku di hati pun hanya no comment. Semuanya kita akur pada mahkamah,” ujarnya.

    Dalam prosiding yang berlangsung Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan kes berkenaan dibicarakan pada 20 Januari 2025. – Agensi

    Hafidz kini cari peluang kerja belakang tabir. – kosmo
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda