Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hafidz Roshdi enggan ulas gosip nak kahwin

    Pelakon Hafidz Roshdi enggan mengulas gosip bakal berkahwin dengan wanita pilihan, Sabtu ini.

    Hafidz bagaimanapun berjanji memaklumkan perkara itu, jika merancang majlis pernikahan.

    “Kalau ada berita baik, saya akan kongsi. Tetapi buat masa ini, saya tidak mahu cakap apa-apa… Tiada komen,” katanya kepada BH Online.

    Selepas kira-kira enam bulan bercerai dengan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri, Hafidz dilapor bakal menikahi wanita pilihannya pada 16 Disember ini.

    Ditanya mengenai perancangan hidup bersama bakal isteri, Hafidz memilih mengunci mulut.

    Hafidz Roshdi enggan ulas gosip nak kahwin, Nurul Shuhada tak nak ambil tahu. – mStar

    “Maaf tiada komen,” katanya.

    Sementara itu, Nurul Shuhada tidak mengambil tahu ura-ura Hafidz mahu berkahwin dengan wanita pilihannya.

    “Saya tidak tahu soal itu dan tidak mahu ambil tahu. Saya sibuk dengan kehidupan. Saya sibuk kerja dan urus anak-anak dan berseronok dengan hidup… Alhamdulillah.

    “Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik buat mereka. Saya hanya mahu meneruskan kehidupan bersama anak-anak dengan baik,” katanya.

    Tambah Nurul Shuhada, dia mahu meninggalkan kenangan pahit yang pernah dilaluinya bersama Hafidz.

    Hafidz, 29, mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses di Mahkamah Syariah.

    Hasil perkongsian hidup, Hafidz dan Nurul Shuhada dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda