Tuesday, November 5, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hafidz Roshdi pertahan tiada keperluan hadir mahkamah

    Pelakon Hafidz Roshdi menegaskan tiada keperluan dia hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Isnin lalu seperti dibangkitkan bekas isterinya sebelum ini, dedah mStar.

    Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, menjelaskan ia disebabkan perbicaraan itu hanya melibatkan keputusan mahkamah menambah penama penjaga dua anak mereka yang difailkan Nurul Shuhada sebelum ini.

    “Ya betul, keputusan kes tetapi ia adalah keputusan orang yang memohon sesuatu. Anak guam memohon untuk menambah penama dalam hak penjagaan, jadi dialah kena hadir.

    “Saya tidak perlu hadir. Saya dah lantik peguam. Saya tidak hadir pun tak mencacatkan prosiding kes. Keputusan tetap dibaca sebab peguam dilantik hadir,” jelasnya.

    Hafidz menjelaskan kekeliruan tersebut di Instastory miliknya kelmarin.

    Pelakon itu secara sindir turut menjawab dipanggil bodoh oleh Shuhada kerana tidak tahu perbezaan antara perbicaraan dan sebutan kes di mahkamah.

    Kata Hafidz, bersempena bulan Ramadan ini, seseorang bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga tetapi digalakkan berkata baik dan benar.

    “Minta maaf, bulan puasa ini salah pula. Tak fasal-fasal kena bodoh benak ubi.

    “Bulan puasa ini bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi kita juga digalakkan berkata baik dan benar. Maaflah, biar benak ubi tapi betul,” ujarnya. – Agensi

    Hafidz harap kes hadanah dapat diselesaikan segera. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda