Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hafidz tak pernah tuduh isteri gugurkan kandungan

    Pelakon Hafidz Roshdi menafikan dakwaan menuduh isterinya Nurul Shuhada menggugurkan kandungan anak ketiga mereka yang baru berusia 14 minggu.

    Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, berkata dakwaan itu timbul kerana berlaku kemusykilan sewaktu berkomunikasi dengan isterinya menerusi WhatsApps sebelum ini.

    “Saya tidak menuduh Nurul Shuhada binti Mohd Shukri membuat pengguguran dan tidak sama sekali membuat laporan palsu.

    “Ia berdasarkan apa yang dimaklumkan pada saya mengikut bukti komunikasi WhatsApps serta kemusykilan timbul,” kata Hafidz kepada mStar. Hafidz mengulas perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor bagi pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya Nurul Shuhada pada pagi Selasa dan ditemani oleh ibunya, Haniza Ibrahim.

    Tambah Hafidz lagi, dia turut meminta untuk henti menabur fitnah serta membuat sebarang spekulasi mengenai dirinya di media sosial.

    Kemelut rumah tangga Hafidz dan Shuhada masih lagi belum bertemu titik noktah. – mStar

    “Saya berharap agar semua hormati privasi keluarga saya dan menegaskan agar tiada lagi kisah rumah tangga saya dijadikan tajuk ataupun kisah oleh mana-mana pihak,” luahnya.

    Dalam pada itu, Hafidz turut memberitahu isterinya telah meminta untuk dilepaskan sudah beberapa kali daripadanya sebelum ini.

    “Khusus untuk kes hari ini walaupun sudah lalui banyak sesi pendamaian tapi penceraian juga diminta.

    “Sebenarnya bukan tahun ini saja Shuhada minta cerai tapi sudah lama dan berkali-kali,” ujarnya. Sementara itu, Hakim Siti Rahmah Hussin menangguhkan pengesahan lafaz cerai terhadap pasangan ini dan menetapkan semula perbicaraan itu pada 27 Julai depan.

    Jelas Hafidz lagi, meskipun menerima kecaman di media sosial namun dia memilih mendiamkan diri dan memberitahu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya itu kerana mendakwa mengaibkan dirinya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda