Penyanyi Malaysia, Hafiz Suip mendedahkan menderita masalah batu karang dalam buah pinggang.
Tidak menganggap perkara itu sebagai beban, Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, sebaliknya bersyukur mendapat tahu perkara itu selepas melakukan pemeriksaan di sebuah hospital.
Itu kerana dia percaya nikmat sihat dan diuji dengan penyakit semuanya datang daripada Allah SWT.
“Alhamdulillah, dapat tahu ada batu karang dalam buah pinggang.
“Sakit atau sihat milik Allah,” katanya menurut mStar. Hafiz berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Jumaat.

Pada hantaran berkenaan, Hafiz turut berkongsi foto dia menjalani beberapa prosedur sebelum dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.
Bagaimanapun penyanyi Terus Bersinar itu tidak berkongsi perkembangan lanjut tentang penyakit dialaminya itu.
Sebaliknya di akhir perkongsian, Hafiz hanya menunjukkan gaya ‘thumbs up’ seakan-akan mesej memberitahu dia dalam keadaan baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan Hafiz agar cepat sembuh daripada penyakit berkenaan.
“Semoga cepat sembuh Hafiz.
“Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Hafiz,” tulis warganet. – Agensi