Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hafiz Suip diperintah berkelakuan baik selepas bergaduh tepi jalan

    Penyanyi Hafiz Suip perlu menjalani bon berkelakuan baik susulan insiden pergaduhan di sebuah jalan raya pada 30 Ogos lalu.

    Mahkamah Majistret Kuching pada Khamis lalu memerintahkan perkara itu terhadap Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, bersama dua lagi individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

    Utusan Borneo melaporkan kesemua mereka perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan sebanyak RM500.

    Perintah tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan kesemua individu terbabit daripada mengulangi perbuatan sama iaitu bergaduh di tempat awam di masa akan datang.

    Pada 30 Ogos lalu tular video Hafiz menumbuk seorang lelaki yang dikenali sebagai Goh Hui Heong di Jalan Padungan, Kuching, Sarawak.

    Kejadian berpunca daripada salah faham apabila Goh membunyikan hon selepas Hafiz memberi isyarat memasuki jalan berkenaan. Goh turut menghimpit serta memandu sehingga menghampiri kenderaan yang dipandu Hafiz sebelum berhenti di jalan berkenaan dan berlaku pertengkaran.

    Seorang rakan kepada Hafiz yang dikenali sebagai Uthman Daud berkongsi perkara tersebut di laman Facebook miliknya dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah berdamai. – Agensi

    Hafiz dan Goh berdamai selepas kejadian. – mStar

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda