Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hafiz Suip hilang doa ibu

    Penyanyi Hafiz Suip kehilangan bonda tercinta, iaitu Allahyarham Halizawati Salleh, 62, kira-kira jam 9:40 malam tadi.

    Berita pemergian ibunya itu dikongsi Hafiz dalam hantaran Facebook (FB), menurut laporan BH Online.

    “Inalillahiwainailahirojiun, hilangnya doa seorang ibu,” tulisnya ringkas.

    Difahamkan, Allahyarham Halizawati menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Kuching, Sarawak akibat penyakit kencing manis.

    Ibu penyanyi lagu Matahari itu dikatakan dimasukkan ke hospital, beberapa hari lalu.

    Pada 1 November lalu, Allahyarham Halizawati menghadiri Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena, Bukit Bintang.

    Pada malam itu, Allahyarham Halizawati yang kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis pada Januari lalu, sempat membuat kejutan kepada Hafiz apabila tampil di pentas dengan menaiki kerusi roda ditolak bapa penyanyi itu, Mohd Suip Mohamad.

    Pada segmen menyentuh hati itu, Hafiz berikrar mahu menjadi ‘kaki’ ibunya di hadapan lebih 3,500 peminat. – Agensi

    Ibu Hafiz pernah tampil di pentas dengan menaiki kerusi roda ditolak bapa penyanyi itu, Mohd Suip Mohamad, pada Januari lalu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda