Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hafizan tidak gentar rebut tempat

    KOTA BHARU, 30 JUN – Penyerang muda Kelantan FC yang baru dinaikkan ‘pangkat’ Hafizan Ghazali sedar saingan sengit yang harus diharunginya untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad.

    Bagaimanapun, pemain kelahiran Tumpat itu yakin memiliki kelebihan untuk diturunkan bersama pemain senior. 

    Sebelum ini, Hafizan, 19, beraksi bersama pasukan bawah 21 tahun Kelantan FC itu dipanggil untuk menguatkan barisan serangan skuad kendalian ketua jurulatih Marco Ragini bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

    “Impian saya untuk menyarung jersi pasukan senior termakbul apabila mendapat panggilan daripada Pengarah Teknikal TRW Kelantan FC Abdul Nasir Yusof.

    “Saya akan perbaiki kelemahan individu bagi meningkatkan lagi mutu permainan. Selain sasaran peribadi mendapat tempat dalam kesebelasan utama, saya mahu membantu pasukan layak ke saingan Liga Super musim depan,” katanya kepada Bernama hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda