Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Hafizh Syahrin, Adam Norrodin rindu perlumbaan di Sepang

    PETALING JAYA, 17 JAN – Malaysia boleh berbangga apabila masih mempunyai dua wakil dalam saingan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), walaupun Malaysia tidak berada dalam kalendar perlumbaan selepas kali terakhir menganjurkannya pada 2016.

    Mengakui rindu untuk berlumba di hadapan penyokong sendiri, dua pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah dan Muhamad Adam Norrodin, masing-masing mengharapkan ada pihak yang sudi untuk membawa semula perlumbaan itu ke Malaysia.

    Hafizh Syahrin yang mewakili MIE Racing Honda Team dalam kelas premier bagi musim 2023 berkata perkara positif yang paling dinantikan beliau ialah, perlumbaan WSBK kembali dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang.

    “Sudah tentu sebagai pelumba Malaysia kita nak ada ‘home race’ tapi saya tidak pasti kita akan ada ataupun tidak saya tak pasti siapa yang berhak untuk bawa kejohanan ini di Malaysia tapi kenapa tidak?.

    “Ini perkara positif, home race di Sepang akan jadi menarik dan menggembirakan, satu perkara positif saya harapkan ialah kita ada home race,” katanya pada sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian bersama RCB (Racing Boy) di Puchong, hari ini.

    Pada masa sama, Muhamad Adam yang berlumba dalam kelas 600cc bersama MIE Racing Honda Team musim ini berpendapat, kejohanan itu akan menerima sambutan menggalakkan sekiranya dianjurkan semula di Sepang. – Bernama

    Aksi Hafizh Syahrin semasa perlumbaan Shell Malaysia MotoGP 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 3 Novermber 2019. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...