Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haikal sasar kembali beraksi di Malaysia Masters 2025

    KUALA LUMPUR, 30 MAC – Pemain beregu lelaki Malaysia, Muhammad Haikal Nazri terpaksa menunggu selewat-lewatnya Mei ini sebelum dapat kembali menyertai sebarang kejohanan kompetitif bersama gandingannya, Choong Hon Jian.

    Ia susulan pemain berusia 22 tahun itu masih belum pulih daripada kecederaan otot paha dialaminya semasa sesi latihan pada Disember tahun lepas.

    Menurut Muhammad Haikal, ketika ini beliau sedang memberi fokus kepada proses rehabilitasi di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

    “Kalau ikutkan kecederaan saya memang teruk kerana otot paha koyak lapan sentimeter. Jadi sekarang memang fokus kepada rehab dan tiada keperluan untuk buat pembedahan pada masa ini,” katanya kepada Bernama.

    Sementara itu, Muhammad Haikal mengakui kecederaan dialaminya itu memberikan kesan kepada ranking dunia mereka apabila terkeluar daripada kelompok 30 terbaik dalam acara beregu lelaki, dengan berada di kedudukan ke-31.

    Justeru, beliau berharap kecederaan dialaminya itu dapat pulih selewat-lewatnya sebelum saingan Masters Malaysia 2025 pada 20 hingga 25 Mei di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    “Saya memang rindu untuk kembali beraksi di gelanggang dan kini sedang cabar diri untuk buat kemunculan semula. Saya harap di Masters Malaysia nanti, saya dan Hong Jian dapat beraksi semula,” katanya. – Bernama

    Pemain badminton beregu lelaki Malaysia, Muhammad Haikal Nazri. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda