Isteri kepada Justin Bieber iaitu Hailey Bieber akhirnya membuka mulut mengenai dakwaan kononnya merampas penyanyi itu daripada Selena Gomez.
Hailey yang muncul dalam siaran podcast bersama Alex Cooper pada Rabu sebelum ini didakwa penyebab hubungan Justin dan Selena berantakan sebelum pasangan itu mengakhiri hubungan mereka selepas lapan tahun bercinta.
Model itu memberitahu sudah tiba masanya dia mengulas mengenai semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
“Ada banyak perkara yang saya elak daripada bercakap selama ini. Saya tidak pernah terfikir pun untuk membuka mulut dan memberitahu situasi sebenar.
“Orang perlu tahu kisah sebenar kerana ada kebenaran di sebaliknya,” katanya. Ketika ditanya Alex sama ada dia pernah mempunyai hubungan dengan Justin ketika penyanyi lagu Baby itu masih bercinta dengan Selena, Hailey menyangkal perkara itu.
Kata Hailey, ketika mereka mula berkawan, bercinta dan seterusnya berkahwin, Justin tidak terikat dengan mana-mana perhubungan cinta. – Agensi
