Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hailey penat dituduh mengandung

    Isteri kepada penyanyi Justin Bieber iaitu Hailey mengakui sudah penat kerana asyik dituduh sedang mengandung.

    Hailey Bieber, 26, mengakui berasa sedih dengan khabar angin tersebut dan menganggap orang ramai mempersoalkan keadaan badannya yang nampak berisi terutama di bahagian perut.

    Hailey sekali lagi menegaskan perutnya kembung adalah disebabkan mengalami ketumbuhan sista pada ovari.

    “Baru-baru ini, semua orang berkata, ya Tuhan, dia hamil. Itu telah terjadi pada saya berkali-kali sebelumnya.

    “Saya tidak boleh kembung (perut)? Oh ya, saya tidak peduli,” katanya ketika ditemu bual bersama GQ.

    Hailey pernah alami ketumbuhan sista pada ovari. – foxnews.com

    Menurut petikan dari mStar, Hailey juga mengakui yang dia berasa lucu apabila ramai peminat mengambil berat berkenaan dirinya.

    “Biar saya buat apa yang saya mahu dengan badan saya dan awda semua boleh lakukan apa yang awda mahu lakukan dengan badan awda,” ujarnya.

    Dalam masa sama, Heiley berkata, dia sebenarnya tidak sabar untuk menimang cahaya mata bersama Justin sekiranya diberikan rezeki.

    Sebelum ini pada Disember 2022, Hailey mendedahkan dia mengalami ketumbuhan sista pada ovari menyebabkan perutnya nampak sedikit kembung.

    Kata Hailey, saiz sista tersebut hanya sebesar buah epal dan dia tidak menyedari mengenai ketumbuhan itu.

    Pada November 2018, Hailey mendirikan rumah tangga dengan Justin dan mereka masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...