PORT-AU-PRINCE, 29 MEI – Majlis kerajaan peralihan Haiti kelmarin menamakan perdana menteri baharu untuk mengetuai negara Caribbean yang dibelenggu keganasan, kata ahli-ahli majlis ketika memilih Garry Conille, yang pernah menjawat jawatan itu seketika dari tahun 2011 hingga 2012.
Seorang ahli majlis memberitahu AFP bahawa Conille dipilih dalam undian 6-1 petang kelmarin. Presiden majlis, Edgard Leblanc dan ahli Fritz Alphonse Jean turut mengumumkan pemilihan Conille di media sosial.
Langkah itu dibuat ketika Haiti menunggu terdesak untuk penempatan pasukan serantau yang dipimpin Kenya yang ditugaskan untuk merampas kembali kawalan daripada kumpulan berpengaruh dan ganas yang mengawal sebahagian besar ibu negara.
Misi keselamatan di bawah pimpinan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang disediakan oleh Amerika Syarikat dengan sokongan logistik tanpa kehadiran anggota keselamatan, sepatutnya membantu pasukan polis Haiti yang lemah untuk mengalahkan kumpulan bersenjata itu.
Kumpulan bersenjata, yang juga menguasai sebahagian besar kawasan luar bandar, telah lama menakutkan penduduk Haiti biasa dengan tembakan rambang, penculikan dan keganasan seksual. – AFP


