Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Haiwan juga punya perasaan

    Perbuatan menganiaya atau mendera haiwan ini bukanlah sesuatu yang baharu, ia merupakan isu yang serius dan memerlukan perhatian.

    Sering kali kita lihat menerusi gambar atau video yang dikongsikan melalui platform media sosial yang menunjukkan perbuatan individu yang sanggup menganiaya binatang.

    Oleh itu, timbul persoalan kenapa manusia sanggup melakukan perbuatan tersebut, adakah ia disebabkan emosi, perasaan geram serta marah terhadap binatang lalu sukar mengawal diri sehingga menyeksa mahkluk ciptaanNya.

    Baru-baru ini saya ada melihat satu hantaran di laman media sosial menunjukkan seekor anjing ditemui mati dan dipercayai diracun oleh perbuatan individu yang tidak berperikemanusiaan.

    Perkara tersebut perlu dipandang serius kerana tindakan zalim seperti ini bukan penyelesaian utama walaupun anjing itu dianggap sebagai gangguan kepada individu.

    Gambar Canva

    Malah, haiwan juga tidak boleh dijadikan tempat untuk melepaskan geram. Kita tidak mempunyai hak untuk menghukum haiwan-haiwan terutama haiwan jinak dan tidak mendatangkan bahaya kepada manusia.

    Menyeksa binatang adalah bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan dan belas kasihan.

    Binatang juga mempunyai perasaan dan dapat merasakan kesakitan serta penderitaan.

    Perbuatan menganiaya merupakan satu senario yang membimbangkan kerana haiwan juga makhluk ciptaan Allah SWT yang perlu dilindungi dan disayangi.

    Malah, perlu diingat Allah SWT menciptakan manusia dan haiwan dengan tujuan tertentu yang mempunyai peranan dan hak untuk hidup dengan bebas daripada kekejaman dan penyeksaan.

    Adam Nordin

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Kebersihan tandas masjid perlu diutamakan

    Setiap kali saya ke masjid untuk solat berjemaah, hati...

    Kekurangan pengangkutan awam sulitkan pelancong

    Bulan lalu, ketika saya melalui jalan Gadong, saya ternampak...

    Mukbang dan realiti dunia

    Malam semalam, saya ada menonton video mukbang, dan pada...

    Masalah keluarga bukan untuk perhatian umum

    Semakin ramai pengguna media sosial yang menggunakan platform tersebut...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...