Saturday, February 22, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haiwan unik di Kepulauan Galapagos diancam pemanasan air

    KEPULAUAN GALÁPAGOS, ECUADOR – Cahaya pagi yang hangat memantul dari sisa-sisa gerbang batu semula jadi berhampiran Pulau Darwin, salah satu pulau paling terpencil di Galapagos. Dalam air yang jernih dan biru dalam, beribu-ribu hidupan laut – ikan, yu tukul, iguana laut – bergerak mencari makanan.

    Keruntuhan Darwin’s Arch, dinamakan sempena naturalis British yang terkenal di sebalik teori evolusi, pada 2021 berpunca daripada hakisan semula jadi. Tetapi keruntuhannya menekankan kerapuhan kepulauan jauh yang mengalami tekanan yang meningkat baik daripada perubahan iklim dan spesies-spesies invasif.

    Pemanasan lautan menjejaskan sumber makanan kebanyakan haiwan laut di Galapagos.

    Iguana marin – salah satu daripada banyak spesies yang endemik, atau unik, kepada Galapagos – mempunyai masa yang lebih sukar untuk mencari alga merah dan hijau yang ia sukai. Penyu laut bergelut untuk bersarang dalam suhu yang lebih panas. Membesarkan anak menjadi lebih sukar apabila air menjadi panas dan lebih sedikit nutrien yang tersedia.

    Walaupun Galapagos terkenal dengan banyak spesies, bilangannya tidak terhad.

    Sejenis penyu laut hijau Pasifik berenang melalui perairan Pulau Wolf, Ecuador di Galapagos pada 10 Jun. – AP
    Yu tukul berenang di bawah kumpulan ikan di Pulau Wolf, Ecuador di Galapagos. – AP
    Seekor singa laut Galapagos berenang di hadapan penguin Galapagos di Pulau Bartolome, Ecuador di Galapagos. – AP
    Seekor iguana marin yang hanya ditemui di Kepulauan Galapagos memakan alga dan tumbuhan lain di luar Pulau Fernandina, Ecuador pada 8 Jun. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    “Kami mempunyai sesuatu daripada segala-galanya di sini – itulah sebabnya orang mengatakan Galapagos sangat pelbagai – tetapi kami mempunyai sejumlah kecil setiap jenis,” kata Natasha Cabezas, seorang pemandu naturalis.

    Galapagos sentiasa sensitif terhadap perubahan suhu lautan. Kepulauan itu sendiri terletak di mana arus lautan utama bertumpu – sejuk dari selatan, hangat dari utara, dan arus air sejuk naik dari barat. Kemudian terdapat El Nino, pemanasan Lautan Pasifik secara berkala dan semula jadi yang menjejaskan cuaca di seluruh dunia.

    Walaupun suhu berbeza-beza bergantung pada musim dan kejadian iklim lain yang berlaku secara semula jadi, suhu lautan telah meningkat kerana perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia apabila lautan menyerap sebahagian besar haba berlebihan di atmosfera.

    Lautan mengalami dekad paling panas sejak sekurang-kurangnya 1800an dalam 10 tahun yang lalu, dan 2023 adalah tahun terpanas lautan dalam rekod.

    Awal Jun membawa musim sejuk di Hemisfera Selatan dan arus Cromwell membawa jerung paus, jerung tanduk dan ikan matahari besar-besaran ke permukaan. Ia juga menyediakan nutrien untuk penguin, iguana marin dan singa laut untuk mencari makanan.

    Memandangkan lebih banyak haiwan berkenaan mendedahkan diri pada musim ini, saintis-saintis menjejaki bagaimana haiwan-haiwan tersebut menghadapi pemanasan El Nino tahun lalu.

    El Nino boleh menyebabkan kekurangan makanan untuk sesetengah spesies seperti iguana marin dan penyu laut, kerana lautan yang lebih panas bermakna sumber makanan semakin berkurangan.

    Para saintis yang memerhati spesies-spesies berkenaan telah mencatatkan penurunan ketara dalam bilangan populasi semasa peristiwa El Nino.

    Iguana marin berenang seperti ular melalui air dari batu ke batu ketika ombak menghempas pantai Pulau Fernandina. Ia melekatkan diri pada batu bawah laut untuk memakan alga yang tumbuh di sana, manakala singa laut berputar di sekeliling seperti anak anjing mencari seseorang untuk bermain.

    Iguana berkenaan adalah “salah satu spesies yang paling terjejas akibat El Nino tahun lepas dan sekarang ia masih dalam pemulihan,” kata Pengarah Conservancy Galapagos, Jorge Carrión.

    Sementara peningkatan suhu lautan mengancam hidupan akuatik atau laut, di darat terdapat masalah yang berbeza. Haiwan-haiwan liar – kucing, anjing, khinzir, kambing dan lembu, tiada satu pun daripadanya asli – mengancam spesies unik kepulauan itu.

    Selepas pandemik COVID-19, ramai orang meninggalkan anjing dan kucing yang mereka mahukan untuk menemani mereka, kata Cabezas.

    “Jika awda tidak menjaganya, ia menjadi masalah dan kini sayang sekali untuk melihat anjing di mana-mana. Kami mempunyai masalah besar sekarang saya tidak tahu apa yang akan kami lakukan,” katanya.

    Haiwan-haiwan bukan asli adalah ancaman khusus kepada kura-kura gergasi yang berkait rapat dengan Galapagos.

    Kura-kura merosot secara mendadak pada abad ke-19 disebabkan pemburuan dan pemburuan haram, dan pihak berkuasa telah berusaha untuk melindunginya daripada manusia. Adalah haram untuk membunuh kura-kura gergasi sejak 1933.

    “Dalam satu malam, seekor khinzir liar boleh memusnahkan semua tapak bersarang di sesuatu kawasan,” kata Carrión.

    Renjer taman cuba melawat kawasan-kawasan yang mempunyai tapak bersarang sekali sehari, dan membunuh khinzir apabila mereka menemuinya. Tetapi khinzir-khinzir berkenaan itu sukar ditangkap, kata Carrion.

    Kucing-kucing liar memakan anak-anak iguana marin, dan kedua-dua khinzir dan kucing bersaing untuk makanan dengan kura-kura.

    Jika spesies invasif dan lautan yang memanas tidak mencukupi, terdapat plastik yang merupakan masalah meluas di lautan dunia. Satu kajian baru-baru ini melaporkan mikroplastik dalam perut penguin Galapagos.

    “Tiada haiwan di Galapagos yang tidak mempunyai mikroplastik dalam makanannya,” kata Carrión. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda