Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haiwan Zoo Florida nikmati sajian istimewa

    PANTAI PALM BARAT, FLORIDA, 21 JULAI – Harimau Malaya dan kura-kura Aldabra berasal dari kawasan yang panas dan lembap, tetapi itu tidak bermakna haiwan-haiwan berkenaan tidak menikmati hidangan ais pada hari musim panas di Florida.

    Suhu di Florida Selatan bulan ini telah mencecah pertengahan 30an Celsius dengan kelembapan mencecah 70 peratus, dan gabungan itu membuatkan suhu kerap “terasa seperti” melebihi 38 darjah Celsius.

    Kakitangan di Palm Beach Zoo & Con-servation Society menggunakan pelbagai teknik untuk memastikan haiwan mereka berasa selesa. Penjaga-penjaga zoo melemparkan timbunan ais yang besar ke dalam kandang beruang hitam untuk berkubang di dalamnya, menyejukkan kolam haiwan itu hingga 23 darjah Celsius. Memerang mendapat bongkah ais dan ikan beku yang dilambung ke dalam air untuk bermain dan dimakan.

    Harimau-harimau menikmati hidangan yang lebih istimewa: Tulang lembu beku yang dimasukkan ke dalam bongkah ais, bersama-sama dengan susu kambing beku. Harimau juga suka berenang.

    Kura-kura gergasi, yang berasal dari pulau-pulau di Lautan Hindi, menikmati pancuran air sejuk yang disalur daripada hos, yang boleh dirasai melalui cangkerangnya.

    “Walaupun semua haiwan kami telah menyesuaikan diri dengan cuaca Florida Selatan, ia mencari cara untuk menyejukkan badan semasa hari-hari panas, sama seperti yang kita lakukan,” kata Mike Terrell, kurator pengalaman haiwan di zoo itu.

    “Semua haiwan kami yang ada di zoo ini dipilih secara khusus kerana sudah biasa dengan iklim yang panas. Oleh itu, ia benar-benar gembira dalam persekitaran suhu yang tinggi dan kelembapan tinggi. ”

    Para tetamu zoo suka melihat haiwan-haiwan berkenaan menyejukkan badan dan kanak-kanak menekan muka mereka pada kaca untuk melihat dengan lebih baik, kata Terrell. – AP

    Seekor harimau Malaya bernama Api menjilat kiub susu kambing beku di sebelah tulang lembu dalam bongkah ais di Zoo Palm Beach & Conservation Society pada 18 Julai, di West Palm Beach, Florida. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda