Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hajat pulang beraya di Sabah musnah setelah maut kemalangan

    SEREMBAN, 1 APRIL – Hajat sepasang suami isteri pulang beraya ke Sabah tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan di Persiaran Forest Height 1, pagi tadi.

    Aswan Sulaiman, 29, dan isteri Nur Khairunnisya Samsudin, 23, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta dipandu seorang pelajar kolej berusia 19 tahun.

    Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Senawang.

    Bapa kepada Nur Khairunnisya, Samsudin Basirun, 52, berkata anak bongsunya itu berhasrat membuat kejutan pulang ke kampung suaminya di Sabah bersama anak damit perempuan berusia lapan bulan, selepas lebih setahun tidak pulang.

    “Pak cik di tempat kerja semasa polis telefon dalam 7:52 pagi memberitahu anak dan menantu kemalangan. Ingat kemalangan biasa saja, tapi polis beritahu mereka dah tiada, pak cik rasa macam nak pengsan. Memang mereka teruja raya kali ini nak balik ke Sabah.

    “Kami akan menjaga satu-satunya anak mereka ini, nasib baik cucu rapat dengan isteri memandangkan dia mengasuh cucu ketika kedua ibu bapa mereka bekerja,” katanya lagi.

    Beliau berkata pemergian mereka sangat dirasai memandangkan kedua-duanya seorang yang ceria, mesra dan suka membantu keluarga.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP, Mohd Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mahu membelok ke simpang kanan namun bertembung dengan motosikal dari arah bertentangan dan melanggar sisi kiri kereta tersebut mengakibatkan mangsa-mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...