Saturday, February 22, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haji Adanan juara High Game

    BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 6 Nov – Pasukan Pengurusan dan Pelupusan ‘A’ muncul juara Perlawanan Ten-pin Bowling bagi merebut Piala Pesuruhjaya Tanah yang diadakan di Utama Bowling, Batu Satu, Jalan Tutong.

    Naib johan disandang oleh Pasukan Tutong ‘B’, dan Pasukan Pejabat Tanah Brunei dan Muara ‘D’ pula meraih tempat ketiga.

    Sementara itu Haji Adanan Haji Sidis menjadi juara Kategori High Game lelaki, manakala dalam Kategori High Series Lelaki pula juara disandang oleh Jasmi bin Derus. Yuzalini binti Haji Yusri pula mendominasi Kategori High Game dan High Series Wanita.

    Sebanyak 22 pasukan yang ikut serta terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan di Jabatan Tanah mengambil bahagian dalam pertandingan yang bermula pada jam 9:30 pagi itu. Perlawanan dibahagi kepada dua kumpulan, 11 pasukan bersaing di sebelah pagi dan 11 pasukan lagi di sebelah petang.

    Juara Kategori High Game Lelaki, Haji Adanan ketika menerima hadiah daripada Datin Hajah Zainon.

    Hadir menyaksikan perlawanan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang ialah Pesuruhjaya Tanah, Jabatan Tanah, Datin Hajah Zainon binti Abang Haji Omarzuki.

    Pertandingan tersebut memberikan peluang kepada para peserta untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia ada serta mengamalkan cara hidup sihat di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Tanah. Selain dari itu, ia dijadikan sebagai platform jabatan untuk persiapan awal bagi pemilihan pemain untuk mewakili jabatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda