Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haji Mohamad Azif menang Toyota Cross

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 DIS – Ia merupakan satu kejutan yang manis bagi Haji Mohamad Azif bin Haji Ayop apabila pilihannya merupakan pilihan yang bertuah sekali gus menyaksikannya membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta baharu, Toyota Corolla Cross pada Majlis Penyampaian Hadiah Promosi Gemilang Property Financing 2023-2024 yang berlangsung di Airport Mall, Berakas, hari ini.

    Dalam acara itu, Awang Madeli bin Haji Julaili yang diwakili oleh isterinya telah memenangi hadiah kedua promosi iaitu pakej pelancongan bernilai $5,000.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bertuah ialah Pengarah Urusan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB), Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim.

    Beliau juga menyampaikan ucapan tahniah serta penghargaan kepada semua pelanggan atas kepercayaan serta sokongan mereka kepada institusi berkenaan.

    Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, Haji Mohamad Azif menyatakan beliau amat tidak menyangka akan membawa pulang hadiah utama promosi iaitu sebuah kereta baharu dan berasa amat bersyukur atas kemenangan yang sungguh tidak diduga itu.

    Haji Mohamad Azif dan keluarga bergambar bersama kereta yang dimenangi pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Datin Hajah Hasnah bergambar ramai bersama para pemenang pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Awang Madeli yang diwakili oleh isteri telah memenangi hadiah kedua promosi iaitu pakej pelancongan bernilai $5,000. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Beliau menyatakan penghargaan kepada Perbadananan TAIB atas penganjuran promosi serta menawarkan produk pembiayaan yang amat dipercayai.

    Promosi Gemilang Property Financing TAIB yang dilancarkan telah mengetengahkan produk pembiayaan hartanah Perbadanan TAIB di mana kempen itu telah berlangsung dari 1 September 2023 hingga 31 Ogos 2024.

    Kempen itu mengalu-alukan peserta yang berjaya mendapatkan pembiayaan yang diluluskan berjumlah $100,000 dengan tempoh sekurang-kurangnya 12 tahun.

    Pada tahun ini, Perbadanan TAIB meneruskan tradisi menawarkan promosi pembiayaan yang menarik dengan harapan menerima sokongan berterusan daripada pelanggan-pelanggan setia mereka.

    Matlamat utama promosi itu adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai barisan produk pembiayaan Perbadanan TAIB yang meluas sambil merakamkan penghargaan atas kepercayaan pelanggan dalam organisasi bagi penyelesaian pembiayaan mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda