Saturday, May 3, 2025
32.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haji Rosaimi juara Beyblade X

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Haji Rosaimi bin Haji Lamit daripada Pasukan DBos Beys (DB) muncul juara pertandingan Beyblade X 2 on 2 Battle of Wizard setelah berjaya menewaskan Aediesopian bin Haji Ismail dari Pasukan Jakusha Bladers (JB) dengan kiraan mata 6-4 dalam perlawanan akhir Beyblade X anjuran Jakusha Tour yang diadakan di Kampung Lambak.

    Manakala tempat ketiga disandang oleh Abdul Malik Sofri bin Mohd Ariffin dari Pasukan JB setelah menewaskan Amiruddin bin Haji Abdi Manaf juga dari pasukan sama sekali gus menduduki tempat keempat.

    Hadiah utama ialah sebuah peti sejuk menjadi milik Haji Rosaimi, manakala bagi pemenang sagu hati lapan teratas pula dimenangi oleh Muhammad Luqman bin Haji Kamaludin dari Pasukan Santai Aja Bladers (SA), Muhd Amirul Safwan bin Mohd Shatan dari SA, Mimi Nazuwan bin Ibrahim dari JB dan Abdul Malik Sofri bin Mohd Ariffin dari JB.

    Dalam perebutan Liga Jakusha Bladers bagi tahun 2024/2025, Pasukan JB melebarkan jurang dengan memperoleh 247 mata, diikuti oleh Pasukan DB dengan 199 mata, manakala Pasukan SA memperoleh 169 mata dan Pasukan Undergroundz X memperoleh 121 mata.

    Gambar ramai peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan Beyblade di Kampung Lambak, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda