BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan pertukaran Timbalan Pengarah Biro Mencegah Rasuah, Haji Sufian bin Haji Sabtu dan seterusnya dilantik menjadi pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) bagi menggantikan Leftenan Kolonel (B) Pengiran Haji Muhammad Sazali bin Pengiran Haji Yakob. Tarikh pertukaran dan pelantikannya berkuat kuasa mulai 25 Julai.