Oleh Mohamad Asyramisyanie & Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Haji Suhaimie Haji Besar dinobatkan sebagai juara Terbuka Nett Keseluruhan apabila berjaya meraih 69 pukulan di Kejohanan Golf Jemputan Perdana BIBD 2017 di The Empire Hotel & Country Club, Jerudong.
Sementara itu Haji Mohd Zairin Abdullah muncul juara Keseluruhan Nett Senior selepas berjaya meraih 70 pukulan ocb, manakala dalam Kategori Terbuka Gross Alfred Sim menyandang tempat pertama.
Kejohanan itu dianjurkan sebagai sebahagian daripada usaha BIBD untuk memahami dengan lebih baik, dan menguatkan lagi hubungan antara BIBD dan para pelanggannya.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn