Saturday, April 26, 2025
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haji Tamat terima plak penghargaan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Kunjungan Berhari Raya Persatuan Pengadil Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (PPBNBD) dan Penyerahan Penghargaan sempena Sambutan Jubli Emas PPBNBD kepada mantan Ketua Jabatan Pengadil FABD dan Penasihat PPBNBD selaku Ahli Kehormat Sepanjang Hayat PPBNBD, Haji Tamat bin Haji Budin telah diadakan baru-baru ini bertempat di kediaman Haji Tamat di Selayun, Sengkurong.

    Hadir di majlis berkenaan ialah Yang Di-Pertua, Haji Hamidon bin Haji Mohd Zain sekali gus menyempurnakan penyerahan plak penghargaan kepada mantan Ketua Jabatan Pengadil FABD.

    Acara dimulakan dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Timbalan Bendahari Agung PPBDBM, Haji Shamsuri bin Haji Tuah.

    Turut juga hadir di acara tersebut, Setiausaha Agung, PPBDBM, Awang Mohd Amir bin Haji Awang Mohd Yunos bersama ahli jawatankuasa kerja Kerja PPBNBD dan PPBDBM.

    Haji Tamat menerima plak penghargaan daripada Haji Hamidon pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda