JAKARTA, 30 Ogos – Seorang wanita Indonesia berusia 104 tahun telah menzahirkan rasa junjung kasih kepada Raja Salman dari Arab Saudi kerana sudi menjemput beliau bagi melaksanakan ibadah haji tahun ini.
Ibu Mariah Marghani Muhammad dan pengiringnya menjadi jemputan di bawah tetamu Raja Salman untuk Program Haji dan Umrah berdasarkan keperluan kesihatannya.
Ibu Mariah, salah seorang penziarah tertua yang menunaikan haji pada tahun ini, tiba di Arab Saudi hari Sabtu dan bertemu dengan beberapa pemberita televisyen Saudi, serta para pegawai dari Konsulat Indonesia dan para pembesar lapangan terbang di Terminal Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn