Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hajiji gesa Jetama perluas pemasangan sistem air minuman ke kawasan pedalaman

    TUARAN, 24 SEPT – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa syarikat konsesi Jetama Sdn Bhd agar memperluas pemasangan sistem air minum penapisan nano bertenaga solar ke lebih banyak kawasan pedalaman.

    Beliau berkata sistem itu, yang dibangunkan oleh Jetama Sdn Bhd, sangat baik kerana boleh membekalkan air terawat daripada telaga tiub ke kawasan yang tidak dapat dibekalkan air bersih.

    “Penduduk Kampung Baru-Baru tidak pernah menikmati bekalan air terawat sebelum ini kerana kampung ini terletak terlalu jauh dari paip utama… saya mengucapkan terima kasih kepada Jetama kerana memasang kemudahan ini di sini,” katanya selepas melawat kemudahan itu di Kampung Baru-Baru hari ini.

    Hajiji berkata sistem ini, yang menggunakan tenaga solar atau menggunakan bank bateri untuk menjalankan proses rawatan air, amat sesuai untuk kawasan luar bandar dan pedalaman termasuk pulau-pulau di Sabah.

    “Saya telah meminta Jetama mempertimbangkan pemasangan sistem ini di lebih banyak kampung di kawasan pedalaman,” katanya. 

    Hajiji berkata dengan kos RM1.2 juta, sistem air minum mudah alih berkuasa sendiri itu mempunyai kapasiti menghasilkan 30,000 liter air setiap hari dan ia dilengkapi sensor serta pengawal untuk memantau kualiti air serta prestasi sistem dan boleh menyesuaikan operasi mengikut keperluan.

    “Air terawat disimpan dalam tangki dan boleh diagihkan kepada isi rumah melalui paip atau sistem pengagihan,” katanya.

    Sementara itu, Hajiji berkata beliau berpuas hati dengan kemajuan projek Jalan Raya Serusop-Pinturu sepanjang 20.8 kilometer di bawah Projek Lebuhraya Pan Borneo. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda