Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hajiji jalani kuarantin kendiri

    KOTA KINABALU, 8 OKT – Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor akan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula hari ini.

    Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata ia sebagai langkah berjaga-jaga setelah beliau terdedah dengan individu yang didapati positif COVID-19.

    “Kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

    Safar berkata sekiranya mesyuarat perlu diadakan, ia akan dibuat melalui persidangan video.

    Kota Kinabalu merupakan antara lapan daerah di negeri ini yang dikategori sebagai zon merah. Daerah lain ialah Papar, Tuaran, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Kunak. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda