Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hajiji: Pelan pembangunan Sabah Maju Jaya gariskan tiga teras utama

    KOTA KINABALU, 29 MAC – Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), menggariskan tiga teras utama bagi membangunkan negeri itu dalam tempoh antara 2021 sehingga 2025, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

    Beliau berkata, tiga teras itu adalah berdasarkan slogan SMJ iaitu S – merujuk tiga sektor utama fokus pertumbuhan ekonomi iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan; M – merujuk modal insan dan kesejahteraan rakyat; manakala J – merujuk jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.

    “Tiga teras utama SMJ akan dipacu oleh lima pemboleh daya iaitu kemapanan fiskal, kemudahan kewangan, keberkesanan dan kecekapan penyampaian, kecemerlangan tadbir urus berintegriti, dan kerajaan digital.

    “SMJ bukan pelan milik peribadi Ketua Menteri dan Ahli Jemaah Menteri, bukan juga hak Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan bukan pelan hanya untuk penjawat awam, SMJ adalah hala tuju kita bersama sebagaimana jata negeri adalah hak dan milik semua anak watan Sabah,” katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hala Tuju SMJ di sini yang turut dihadiri tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr JeffreyKitingan dan Datuk Dr JoachimGunsalam, serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong. -Bernama

    Datuk Hajiji ketika merasmikan Haja Tuju SMJ. -Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda