Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hak penjagaan bersama selepas perceraian diluluskan

    TOKYO, 17 MEI – Ahli parlimen Jepun hari ini telah meluluskan undang-undang yang membenarkan pilihan hak penjagaan bersama kanak-kanak selepas perceraian.

    Selama berpuluh-puluh tahun di Jepun, ibu bapa tunggal – hampir selalunya ibu – telah diberikan hak penjagaan yang sah apabila perkahwinan berakhir, suatu peraturan yang dilihat oleh penyokongnya sebagai langkah perlindungan terhadap keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak.

    Namun, kebimbangan telah dibangkitkan bahawa ia boleh menyebabkan hubungan bermakna terputus antara ibu bapa yang lain dan anak mereka.

    Kekecewaan yang berpanjangan daripada ibu bapa yang tidak mempunyai hak penjagaan – selalunya bapa – atas kekurangan akses kepada anak-anak telah membantu membina tekanan untuk perubahan.

    Sebuah jawatankuasa PBB pada 2019 mengesyorkan agar Jepun ‘membenarkan hak penjagaan bersama kanak-kanak apabila ia adalah untuk kepentingan terbaik kanak-kanak itu, termasuk untuk ibu bapa asing’.

    Rang undang-undang baharu itu menetapkan bahawa hak penjagaan tunggal harus dikekalkan jika kedua-dua ibu bapa bersetuju bahawa ia adalah pilihan terbaik, atau dalam kes keganasan rumah tangga atau penderaan kanak-kanak yang diiktiraf oleh mahkamah. – AFP

     
    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...